Saturday, May 3, 2008

Strategi menangani masalah kecurian besi

Kebelakangan ini kerap berlaku kejadian yg tidak diingini yg melibatkan kematian gara-gara curi besi termasuk kes yg terbaru pencawang elektrik tumbang di Sabah.Negara kerugian bermilion ringgit kerananya.Org yg tidak berdosa juga terkorban...

Ini hanya kes yg dipaparkan di media,yg tidak dilaporkan tentu lebih banyak lagi berlaku d luar sana.
Terbaru keretapi terjunam ke dalam gaung dan meragut satu tenaga kerja,berpuluh yg lain cedera.Adakah kes ini juga kerana kecurian besi landasan??????

Kesalahan pecah amanah( melibatkan kerugian harta) dan pengedar dadah(penyebab kehilangan nyawa).Manakala kes curi besi boleh melibatkan kerugian bermilion ringgit sekelip mata dan kehilangan tenaga mahir mungkin! mereka ini mungkin orang harapan keluarga.

Ini adalah satu jenayah yg boleh dianggap berat dan hukuman berat harus d laksanakan keatas mereka yang terlibat.

Memandangkan keperluan besi yg mendesak oleh negara-negara kaya seperti Arab Saudi(Dubai) dan membangun(seperti Cina dan India),kes kehilangan besi akan menjadi-jadi dan susah dibendung.

Undang-undang dan tanggungjawab sosial harus seiring dlaksanakan.Semua pehak harus bertanggungjwab bukan saja kerajaan.Org awam juga mesti menjadi mata telinga kerajaan dgn lebih aktif supaya kejadian kecurian besi tidak berulang.Polis juga perlu mengambil tindakan proaktif dlm menerima aduan.

Sudah sampai masanya barangkali untuk kerajaan melantik sebuah jawatankuasa setempat yg terdiri drpda penduduk berhampiran dan NGO untuk mengawasi tempat-tempat strategik seperti sekitar kawasan tempat pencawang dengan memberikan elaun berpatutasn kepada mereka yg terlibat.Melantik orang perseorangan haruslah dielakkan sedapat mungkin untuk mengelakkan kebarangkalian pecah amanah dan monopoli.

Akhirnya mediamassa perlu membantu menyedarkan orangramai tentang kesan buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral segelintir masyarakat.Pendedahan mengenai pencuri,penjual,pengedar dan pembeli harus didedahkan.

1 comment:

Abd Bashid Harun said...

Jika benar, ini berita buruk buat kita.Semua pemandu dan yang berhajat nak naik keretapi terpaksa berhati-hati. Kepada pihak KTM, pastikan tiada landasan yang dipotong sebelum keretapi bergerak. Tugas ini sangat sulit. Kepada pekerja TNB, jangan panjat dahulu tianga atau pencawang takut-takut jika skrunya telah longgar atau tercabut gara-gara penagih dadah atau pencuri besi. Sekarang semua orang menjadi takut.