Thursday, May 29, 2008

Mohd Ezam kembali kepada UMNO

MUTAKHIR Ezam masuk Umno kerana yakin usaha Abdullah perangi rasuah


PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau menyertai semula Umno kerana yakin dengan usaha terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan integriti badan kehakiman negara dan memerangi gejala rasuah.

Beliau berkata perkembangan terbaru dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) membuka hatinya untuk menyertai semula Umno yang ditinggalkannya pada 1999.

"Saya masuk politik berasaskan kepada cita-cita (membuat) perubahan... dan saya yakin lebih banyak perubahan akan dibuat (oleh Perdana Menteri) pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi menjelaskan keputusannya memohon menyertai semula Umno.



Semalam, Abdullah yang juga Presiden Umno mengumumkan penerimaan kemasukan semula Mohamad Ezam ke dalam Umno tanpa sebarang syarat setelah tiada bantahan daripada Majlis Tertinggi (MT) dan Pemuda Umno.

Sebelum menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum PKR diwujudkan) pada 1999, Mohamad Ezam, 41, adalah Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1993 hingga 1996, Setiausaha Pemuda Umno Selangor dari 1996 hingga 1998 dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dari 1996 hingga 1998 dan juga felo Institut Kajian Dasar dari

Monday, May 19, 2008

Tun Left UMNO - Why ????

19/05/2008
The whole Malaysia especially UMNO members got shock after Tun announced his decision to quit UMNO due to his personal reasons. This news was a very sad moment to most of UMNO members since everybody know how TUN love UMNO and fight to make UMNO still relevant in Malaysia political arena. We hope TUN will consider this decision and back to UMNO to ensure political stability in Malaysia.

Thursday, May 8, 2008

mana boleh habis isu babi

Mengapa China Tidak Menjadi Pengeluar Babi Terbesar Dunia?
Posted on Wednesday, May 07 @ 17:32:43 MYT

Torashah

Satu persoalan yang pelik tetapi benar. Seperti mana yang kita semua tahu kos tenaga buruh di negara China adalah murah maka adalah tidak relevan jika dikatakan negara China tidak mampu membekalkan daging babi di dunia.

Negara China mempunyai tanah atau kawasan yang begitu luas untuk menternak babi, tetapi mengapa mereka mengambil pendekatan mengurangkan jumlah ternakan babi di negara mereka.

Mereka memberi alasan mengatakan yang pengeluaran daging babi negara China masih lagi tidak mencukupi untuk menampung keperluan bekalan itu kerana permintaan yang begitu tinggi dari penduduk tempatan disana.

Mereka mengambil keputusan untuk mengimpot daging babi dari Thailand dan itupun masih tidak mencukupi. Dan terbaru mereka ingin pula membeli daging babi dari Malaysia yang dikatakan paling murah di Asia.

Berkemungkinan ini ada kaitan dengan kesungguhan kerajaan Negeri Selangor untuk mendirikan ladang ternakan babi moden di Sepang yang mana dijangkakan dapat mengeluarkan beribu-ribu ekor babi di dalam satu jangka masa.

Selain dari memenuhi untuk keperluan tempatan ianya juga dijangka dapat diekspot ke negara seperti Singapura dan negara-negara berdekatan.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Buat pertama kalinya negara China mengumumkan yang mereka akan membeli bekalan daging babi dari Malaysia.

Maka bersoraklah pembekal-pembekal daging babi tempatan kerana daging babi Malaysia mendapat tempahan dari negara China. Mungkin ada sesetengah dari mereka masih lagi tidak dapat mempercayainya.

Kalau ianya benar-benar berlaku, apa akan jadi dengan rancangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Hub-Halal dunia. Selain dari negara Hub-Halal adakah Malaysia juga akan menjadi negara Hub-Haram (membekalkan daging babi)?

Desas desus mengatakan yang Menteri Besar Selangor hendak menjadikan kawasan lapangan Subang sebagai pengkalan Hub-Halal pula. Apa dah jadi dengan kawasan Hub-Halal yang ada berhampiran dengan pelabuhan Kelang sekarang.

Adakah cita-cita Tan Sri Khalid Ibrahim hendak menjadikan kawasan yang berdekatan dengan lapangan terbang Subang sebagai Hub-Halal manakala kawasan yang berdekatan dengan lapangan Sepang sebagai Hub-Haram.

Menarik juga untuk dikatakan kerana dua kawasan yang berdekatan lapangan terbang menjadi sasaran Khalid Ibrahim.

Teringat kata-kata Datuk Dr.Hassan Ali Exco yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam kenyataannya menyebut,

"Dengan menggunakan teknologi dari Jerman, masalah pencemaran yang disebabkan oleh babi sebelum ini akan dapat dihapuskan dan tidak akan timbul lagi."

Dr.Hassan Ali perlu tahu, macam mana moden sekalipun ladang babi itu, kalau sudah menjadi wabak tiada siapa yang dapat menghalangnya. Ambillah iktibar dari virus nipah yang melanda negara tidak lama dahulu.

Manakala seorang lagi Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakub Sapari menjelaskan,

"Umat Islam sendiri dibenarkan menjamah daging babi apabila darurat, tetapi kenapa media tidak menonjolkan berita mengenai zina,".

Kenyataan tersebut seolah-olah melempar batu, sembunyi tangan. Terlepas cakap tetapi mengheret rakyat ke isu lain.

Berbalik semula kepada kenapa negara China tidak menjadi pengeluar daging babi terbesar di dunia walaupun mereka berkemampuan untuk berbuat demikian.

Mereka cuma memberi alasan yang bekalan babi tidak mencukupi bagi menampung keperluan domestik. Sebenarnya negara China telah belajar dan mengambil iktibar dari pengalaman lepas semasa penyakit virus babi JE dan virus burung SARS menyerang negara itu.

Ramai yang mati akibat wabak penyakit ini. Betapa semasa kejadian berlaku, seluruh negara China menjadi panik dan kerajaan China berusaha sedaya upaya untuk menangani dan menghalang wabak penyakit tersebut tersebar dan merebak keseluruh negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 2 bilion orang itu.

Wabak tersebut memberi kesan yang besar kepada ekonomi dan sektor perlancongan China.

Penyakit pembawaan babi yang terbaru dikenal pasti berlaku baru-baru ini adalah "penyakit telinga biru” yang mana mereka terpaksa memusnahkan banyak ternakan babi di sana.

Laporan Utusan Malaysia pada 11 April menyebut, " Bekalan babi terjejas akibat penyakit telinga biru. Penyakit telinga biru yang menyerang babi sejak akhir 2006 menyebabkan bekalan haiwan itu semakin berkurangan terutamanya di wilayah Shaanxi, barat laut China."

Penyakit yang dikenali sebagai Virus Sindrom Pernafasan dan Pembiakan Babi (PRRSV) itu hanya menjangkiti babi. Virus itu akan menyebabkan kegagalan kepada proses pembiakan dan sistem respiratori terutama terhadap anak babi.

Untuk mengurangkan risiko wabak-wabak penyakit tersebut menyerang negara China sekali lagi dan untuk langkah berjaga-jaga, mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ternakan babi di sana dan mengimpot daging babi dari negara-negara yang dikenal pasti seperti Thailand, Brazil dan yang terbaru Malaysia.

Singapura sudah lama menutup ladang babi di sana dan mengimport daging babi dari luar. Taiwan pun sama mengikuti jejak Singapura dan negara China juga menyusul kemudian.

Manakala Malaysia pula akan bakal penjadi negara pengeluar ternakan babi terbesar di Asia Tenggara. Jangan jadi sudah terantuk, baru tergadah. Menyesal kemudian tidak berguna.

Wednesday, May 7, 2008

UMNO di tuduh biadap dengan sultan....Karpal Singh?

Perbuatan biadab - Tindakan Karpal mencabar kedudukan, kedaulatan sultan

Oleh HASNURUL MOHAMED

KUALA LUMPUR 6 Mei – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempersoalkan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sebagai perbuatan biadab.

Malah Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula berkata, tindakan itu bukan sahaja biadab malah mencabar kedudukan dan kedaulatan sultan.

Muhyiddin berkata, tindakan Karpal menegur raja secara terbuka bukanlah adat rakyat Malaysia.

“Hanya kerana parti dia (DAP) sudah mula berkuasa di Perak, baru menang dalam pilihan raya umum lepas, dia sudah bersikap sombong dan bongkak.

“Kita kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyuarakan hal seperti itu dan kalau ada kita pergi jumpa, menghadap serta beritahu secara berbahasa.

“Jadi tindakan Karpal ini kita kata kurang bahasa sikitlah,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat perabot, Edu World Services Sdn. Bhd. di Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Semalam Karpal terus mempertikaikan tindakan Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’’

Pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata: “Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini.”

Dalam hal itu, Karpal berpendapat, kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.

Muhyiddin berkata, pemimpin DAP itu mungkin hanya melihat tindakan Sultan Perak dari sudut perundangan sedangkan mengikut amalan biasa, sultan adalah ketua dalam urusan berkaitan soal agama di setiap negeri.

“Dalam amalan biasa, bagi jawatan seperti yang disebutkan di Perak itu, adalah baik supaya ketua eksekutif negeri memberitahu atau berunding dengan sultan kerana ini adat dalam kita mentadbir sesebuah negeri,” katanya.

Sementara itu, Syed Hamid berkata, Karpal perlu memahami bahawa negara ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Katanya, ini bermakna ada perkara yang dikhususkan kepada sultan yang menjadi hak mutlak baginda dan tidak boleh dibangkitkan atau dipersoalkan.

“Perkara ini melibatkan kesalahan di bawah Akta Hasutan. Jika Karpal masih mempertikaikan kedudukan kedaulatan sultan-sultan, ia dianggap satu penghinaan.

“Saya berharap orang yang faham undang-undang ini tidak membangkitkan persoalan yang boleh melahirkan salah faham dan buruk sangka,” katanya.

Syed Hamid menambah, Karpal sebagai ahli Parlimen tidak boleh membawa persoalan mengenai sultan atau raja-raja pada sidang Dewan Rakyat.

Katanya, peraturan-peraturan dalam Dewan Rakyat adalah jelas dan menjadi satu kesalahan jika seseorang wakil rakyat mempersoalkan mengenai sistem kehakiman, kedudukan sultan dan raja-raja Melayu.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula berkata, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa sultan dan raja Melayu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

“Oleh itu, perbuatan Pengerusi DAP itu jelas memperlekehkan pentadbiran agama Islam dan mencabar kuasa sultan serta adat resam Melayu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, Pengerusi DAP itu sewajarnya sensitif kepada institusi raja di negara ini dan tidak harus terlibat dalam tingkah laku yang boleh menyinggung sultan dan sistem beraja.

“Tindakan mempersoalkan kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Agong bermakna mempersoalkan status kerakyatan mereka sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Saturday, May 3, 2008

Strategi menangani masalah kecurian besi

Kebelakangan ini kerap berlaku kejadian yg tidak diingini yg melibatkan kematian gara-gara curi besi termasuk kes yg terbaru pencawang elektrik tumbang di Sabah.Negara kerugian bermilion ringgit kerananya.Org yg tidak berdosa juga terkorban...

Ini hanya kes yg dipaparkan di media,yg tidak dilaporkan tentu lebih banyak lagi berlaku d luar sana.
Terbaru keretapi terjunam ke dalam gaung dan meragut satu tenaga kerja,berpuluh yg lain cedera.Adakah kes ini juga kerana kecurian besi landasan??????

Kesalahan pecah amanah( melibatkan kerugian harta) dan pengedar dadah(penyebab kehilangan nyawa).Manakala kes curi besi boleh melibatkan kerugian bermilion ringgit sekelip mata dan kehilangan tenaga mahir mungkin! mereka ini mungkin orang harapan keluarga.

Ini adalah satu jenayah yg boleh dianggap berat dan hukuman berat harus d laksanakan keatas mereka yang terlibat.

Memandangkan keperluan besi yg mendesak oleh negara-negara kaya seperti Arab Saudi(Dubai) dan membangun(seperti Cina dan India),kes kehilangan besi akan menjadi-jadi dan susah dibendung.

Undang-undang dan tanggungjawab sosial harus seiring dlaksanakan.Semua pehak harus bertanggungjwab bukan saja kerajaan.Org awam juga mesti menjadi mata telinga kerajaan dgn lebih aktif supaya kejadian kecurian besi tidak berulang.Polis juga perlu mengambil tindakan proaktif dlm menerima aduan.

Sudah sampai masanya barangkali untuk kerajaan melantik sebuah jawatankuasa setempat yg terdiri drpda penduduk berhampiran dan NGO untuk mengawasi tempat-tempat strategik seperti sekitar kawasan tempat pencawang dengan memberikan elaun berpatutasn kepada mereka yg terlibat.Melantik orang perseorangan haruslah dielakkan sedapat mungkin untuk mengelakkan kebarangkalian pecah amanah dan monopoli.

Akhirnya mediamassa perlu membantu menyedarkan orangramai tentang kesan buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral segelintir masyarakat.Pendedahan mengenai pencuri,penjual,pengedar dan pembeli harus didedahkan.

protect ~ fly alone

Proposal to protect ‘fly alone’ women: Have letter will travel
By : Patrick Sennyah

There are 119 Malaysian women in prisons worldwide for drug offences; the majority are aged between 21 and 27 duped into becoming ‘mules’; and so far this year, 29 have been detained or imprisoned


KUALA KLAWANG: In a move to stop Malaysian women being duped into carrying drugs for international syndicates, the Foreign Ministry has proposed that all women travelling out of the country alone be required to have a letter from parents or employers.

Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said the letter would be a declaration which stated clearly the reason the woman was travelling.

He said his ministry and the Home Ministry feel the move is necessary and a proposal for this has been submitted to the Cabinet. The move drew immediate flak from several quarters, including non-governmental organisations, women’s organisations and politicians.

“I have submitted this proposal to the Cabinet and both the Foreign and Home
Ministries feel this is necessary. Many of these women (who travel alone) leave the country on the pretext of work or attending courses and seminars.
“With this declaration, we will know for sure where and for what she is travelling overseas,” said Rais.

The New Sunday Times has learnt that 119 Malaysians, 90 per cent of whom are women, have been imprisoned in various parts of the world for drug-related offences.

The vast majority of these women are aged between 21 and 27, and are believed to have been duped or forced into being "mules" for the drug syndicates.

Last year alone, 80 Malaysians, of whom 53 have already been charged, were detained for such offences.

This is a shocking increase from only six such cases in 2004.

There were no known cases in 2005 and only four in 2006.

From January till April, 29 have been detained and imprisoned for drug-related offences.

It is learnt that the offences were committed in various countries, including China, Singapore, Malta, Brazil, Peru, Taiwan, Venezuela, India, Spain and Portugal.

It is learnt that Malaysians were prime targets for syndicates wanting to smuggle in drugs, especially into the European Union countries, because they do not require visas for short stays of up to 90 days or to transit in those countries.

This is part of the Schengen Agreement signed by most of the EU member countries in Luxembourg in 1985 and 1990.

According to a Foreign Ministry source, over the last four to five years, there has been a shift in the trend where more Malaysians are being caught for drug-related offences compared with credit card frauds earlier.

"These Malaysians, mostly women, are approached by members of a syndicate who usually meet them at night-spots.

"They target mostly women who do it either out of love or for money."

Rais said those detained were subject to the laws of those countries and Malay-sian authorities had to act within their jurisdiction when dealing with such cases.

"We are working closely with the Home Ministry and Interpol to offer any possible assistance to these people.

"But, there is only so much we can do."

Rais said enforcement from the relevant authorities must be beefed up to curb the operations of such syndicates which prey on these women.

"Another reason why women are targeted is that they are not as thoroughly searched as men when they leave airports.

"These are all areas which need to be looked into."

Malaysians are also being imprisoned for various others crimes, including credit card fraud, immigration offences and even human trafficking.

Friday, May 2, 2008

Agenda menelanjangkan org lebih penting dari agenda pembangunan

Teori konspirasi jatuhkan Najib di sebalik kes raba bekas menteri?
Mohd Rashidi Hassan Fri May 02, 08 9:46:35 am MYT
Kes membabitkan seorang bekas menteri yang didakwa meraba seorang pelayan di kedai menjual cigar (cerut), yang dikatakan berlaku di Kelab Havana 14 April lepas, mungkin tidak harus dilihat dari aspek moral dan jenayah semata-mata. -->-->
Ia harus dilihat daripada perspektif yang lebih besar daripada itu. Barangkali ianya ada unsur sabotaj atau ada teori konspirasi terbabit dan mungkin ada character assasination berlaku.
Jika ia unsur sabotaj atau teori konspirasi, ia membabitkan siapa dan untuk apa ia dilakukan?
Akhbar, The New Straits Times, 1 Mei (semalam) dipetik melaporkan 'Police want ex-minister to be charged' jelas menyatakan pihak polis telah memberikan rekomen untuk mendakwa bekas menteri terbabit.
Laporan yang sama dinyatakan oleh media rasmi kerajaan, Bernama.
Laporan itu menyebut bahawa menteri terbabit akan didakwa di bawah Sekyen 354 Penal Code, yang boleh disabitkan dengan hukuman sehingga 10 tahun penjara, denda serta sebatan.
Kes terbabit timbul pada 18 April lepas, apabila wanita berusia 30-an membuat laporan polis bahawa bekas menteri itu merabanya di sebuah kedai menjual cerut di sebuah hotel terkemuka di KL Sentral.
Bagaimanapun lima hari selepas itu, wanita yang berbangsa Melayu itu, menarik balik laporan polis dan mendakwa laporan itu dibuat kerana salah faham.
Wanita itu juga mengakui bahawa beliau dan ahli politik berkenaan adalah kawan yang sudah lama dikenali.
Persoalannya yang timbul sekarang, jika ahli politik berkenaan sudah lama dikenali sebagai kawan, mengapa kejadian seumpama itu boleh berlaku sekarang (didakwa berlaku pada 14 April)?
Atau kemungkinan kemesraan sebagai kawan disalah ertikan sebagai 'mengambil kesempatan' atau mungkin wujud desakan pihak tertentu yang mengatur plot rancangan bagi 'mengenakan' ahli politik terbabit?
Kelab Havana, merupakan 'pot' atau tempat berhimpun elit yang terkenal bagi puak-puak VIP sama ada terdiri daripada orang politik atau orang berniaga (politician and businessman).
Hotel tempat kejadian berkenaan dikatakan, bukan sahaja menjadi tumpuan bekas menteri berkenaan, malah menteri-menteri kabinet, malah ada sumber mendakwa Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sering berada di situ.
Sewaktu kejadian, difahamkan bekas menteri berkenaan bukan keseorangan, terdapat ramai rakan-rakannya ada bersama, berada di tempat terbuka dan turut sama di situ ada anggota keluarga Perdana Menteri.
Ada sumber mengatakan pada mulanya wanita Melayu berkenaan enggan membuat laporan polis kerana menganggap tindakan ahli politik yang sudah lama dikenali itu sebagai gurau biasa seorang kawan.
Bagaimanapun, laporan dibuat selepas empat hari kejadian berlaku, akibat desakan teman lelakinya yang berbangsa Cina yang dipercayai bertindak di atas sokongan pihak tertentu.
Sumber mendakwa, wanita berkenaan 'digunakan' oleh teman lelakinya yang rapat dengan seorang ahli perniagaan, yang ada hubungan erat dengan ahli politik dari keluarga PM.
Persoalan yang ditimbul disebalik kes
Pelbagai andaian boleh wujud rentetan daripada insiden ini.
Pertamanya, mengapa selepas wanita berkenaan menarik balik laporan polisnya, pihak polis tetap bertegas meneruskan siasatan dengan memanggil bekas menteri itu ke balai.
Kedua, bagaimana laporan hasil siasatan polis yang seharusnya dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara (AG) seharusnya confidential boleh diketahui pihak media, khususnya Bernama dan NST?
Ada sumber memberitahu, sebaik laporan disiarkan, pihak polis memanggil wartawan berkenaan ke balai untuk mengetahui bagaimana dokumen sulit yang boleh dikategorikan sebagai di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA, boleh terlepas ke tangan media.
Sebaliknya, jika laporan itu tidak betul, atau tidak berlaku permintaan polis kepada AG untuk bekas menteri itu didakwa, apakah tujuan laporan berkenaan dibuat?
Siapakah yang berada di belakang Bernama dan NST atau media lain, yang mahu memastikan berita tersebut disiarkan?
Mengapakah Bernama sebagai media rasmi kerajaan, seolah-olahnya 'berusaha' memalukan bekas menteri berkenaan dan bagaimana wartawan terbabit boleh memastikan arahan pendakwaan sudah dibuat?
Juga bagaimana NST selaku media milik Umno, boleh menghentam dan memalukan Ahli Parlimennya sendiri, yang turut merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno?
Dan apakah tujuannya bekas menteri berkenaan dijatuhkan hukuman di atas sesuatu perkara yang belum dipastikan pengesahannya?
Tidakkah pihak berkenaan memikirkan, jika pendakwaan tidak wujud, anggota keluarga, isteri dan anak-anak ahli politik berkenaan sudah pun menanggung malu?
Kes jenayah yang dipolitikkan wujud dalam kerajaan dan Umno
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mengalami peristiwa yang amat pahit dalam hidupnya sepuluh tahun yang lalu.
Kes membabitkan bekas menteri ini, jika dibandingkan tidak sampai pun 10 peratus daripada bebanan kes yang ditimpakan terhadap Anwar.
Persoalannya bukan soal perbandingan kecil atau besarnya sesuatu kes. Sebaliknya ia menunjukkan, kes-kes jenayah yang didakwa ke atas ahli-ahli politik, kemungkinan besar, wujud teori konspirasi.
Kes ini menimbulkan keraguan kemungkinan wujudnya agenda politik dan politiking dalaman Umno yang semakin runcing selepas penolakan besar rakyat terhadap Umno/Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.
Sehingga kini, pemimpin serta parti komponen BN sering bercakaran dan tuduh menuduh sesama sendiri.
Dalam Umno pula, kecaman, desakan dan pelbagai tekanan dikenakan terhadap Presiden mereka, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa punca utama penolakan rakyat.
Di sebalik tekanan yang hebat terhadap Abdullah, beliau tetap kelihatan bersahaja, dan menegaskan pendirian untuk terus mengekalkan jawatan sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu Disember depan.
Secara khususnya gelombang besar yang wujud dalam Umno untuk menolak Abdullah, jelas menunjukkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengganti Abdullah.
Abdullah tidak ada pilihan. Dalam suatu pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN, Abdullah mengumumkan Najib adalah penggantinya dan peralihan kuasa akan dibuat. Bila dan bagaimana, tidak Abdullah nyatakan.
Walaupun Abdullah sudah membuat perakuan bahawa Najib adalah penggantinya, apakah ianya boleh dipercayai oleh ahli-ahli Umno?
Apabila tekanan terhadap Abdullah memberikan favour kepada Najib, apakah mungkin orang-orang Abdullah yang diketuai menantunya, Khairy akan berdiam diri dan membiarkan Abdullah terus dibelasah orang-orang Umno.
Secara lojiknya sudah tentu juak-juak Abdullah akan turut merancang.
Apabila kedudukan ahli politik sudah berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan', revenge politik akan berlaku.
Janji Presiden Umno, bolehkah dipercayai?
Lebih sepuluh tahun dulu, PM ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun), turut bercakap berulang kali kepada media bahawa Anwar adalah penggantinya.
Namun, sejarah membuktikan bahawa janji-janji PM dan Presiden Umno itu tidak boleh dipakai.
Anwar yang diwar-warkan sebagai pengganti PM, dipecat, didakwa, dipukul, dipenjara dan dijatuhkan hukuman dengan cara yang amat mengaibkan.
Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan November 2004 mendapati beliau tidak bersalah, namun kata nista dan pertuduhan yang amat dahsyat ditanggung beliau serta keluarga sejak tahun 1998, tiada siapa yang dapat membayar betapa mahal harganya sebuah maruah diri.
Hakikat daripada kes-kes yang berlaku, menunjukkan demi mempertahankan jawatan dalam Umno, semua kemungkinan akan berlaku.
Hubungan Anwar-Mahathir yang dikatakan seperti anak-bapa pun boleh terputus akibat politik. Inikan pula hubungan Najib-Abdullah.
Dalam kes membabitkan bekas menteri tersebut secara spesifik, beliau dikatakan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Najib.
Kedudukannya bukan sekadar sahabat, tetapi dikatakan salah seorang think-tank Najib, sama seperti Abdul Razak Baginda yang didakwa atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Sekarang ini media milik kerajaan dan Umno sudah melayan wakil rakyatnya sendiri seperti anggota pembangkang, tekanan demi tekanan dibuat menjadikan beliau seolah-olahnya 'pelarian politik'.
Apakah mungkin nasib yang bakal menimpa orang kanan TPM ini, tidak terkena tempiasnya kepada Najib sendiri?
Atau apakah mungkin, tindakan ini merupakan suatu benchmark baru politik kumpulan Abdullah Badawi untuk pertahan diri?
Menjelang pemilihan Umno nanti, mungkin lebih banyak kes-kes seumpama ini akan berlaku, jatuh menjatuhkan, cemar mencemar akan terus berlaku dalam Umno.
Pergaduhan dan perebutan jawatan dalam Umno nampaknya sudah tidak dapat dielakkan lagi.
Umno dan BN adalah seumpama sinking boat yang hampir karam.
Rakyat tidak perlu bimbang, kerana Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sudah bersedia menggantikan mereka, bila-bila masa.harakah

Thursday, May 1, 2008

Laman Blog Dr.Mahathir

01/05/2008 3:52pm
KUALA LUMPUR 1 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai beberapa ahli politik menggunakan laman blog untuk menyatakan pandangan apabila beliau mempunyai laman blog sendiri www.chedet.com.
Paparan pertama dalam laman blog itu ialah mengenai penubuhan suruhanjaya pelantikan hakim.