Oleh ABDUL RAZAK DIN
IPOH 29 April – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas.
Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pagi ini.
Menurut sumber kerajaan negeri, arahan Menteri Besar berkenaan melanggar tradisi di negeri ini dan mendahului Sultan Perak yang bertanggungjawab penuh dalam hal ehwal Islam.
Difahamkan, Jamry telah dihubungi melalui telefon supaya mengosongkan pejabatnya.
Perselisihan Pengarah JAIP itu dengan Menteri Besar dikatakan ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.
“Jamry diarah keluar tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa untuk membela dirinya,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini.
Jamry, 48, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu, tetapi memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.
“Setakat ini, saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.
“Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan,” kata beliau.
Arahan Menteri Besar Perak supaya Jamry mengosongkan pejabatnya boleh mencetuskan kontroversi kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam negeri.
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pula merupakan Pengerusi MAIAMP.
MAIAMP sepatutnya mengadakan mesyuarat pada 15 Mei ini untuk membincangkan senarai baru jawatankuasa masjid di seluruh Perak yang dibuat dengan mengambil kira nasihat Istana Perak.
Jamry dilantik memegang jawatan Pengarah JAIP sejak tahun 2004. Sebelum itu, beliau ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar.
Sementara itu, Mohammad Nizar yang genap 43 hari menjadi Menteri Besar mendakwa pertukaran serta-merta Jamry itu adalah sesuatu yang ‘normal’ dari segi prosedur pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut beliau, Jamry ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggantinya di JAIP akan diumumkan kemudian.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa Jamry diarah bertukar dalam tempoh 24 jam, Mohammad Nizar terdiam seketika.
Beliau kemudian sekali lagi menegaskan bahawa arahan pertukaran tersebut adalah sesuatu yang biasa dan tiada apa-apa yang negatif mengenainya.
“Sebelum ini juga terdapat beberapa pertukaran dan perpindahan beberapa pegawai kerajaan negeri, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.
“Bertukar atau naik pangkat dalam pentadbiran adalah perkara biasa. Kita ada Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan... naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa.
“Anda patut kemukakan soalan ini kepada Menteri Besar yang dulu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK... saya tidak,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini petang ini.
Mohammad Nizar turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Jamry hingga menyebabkan Jamry ditukarkan.
Tuesday, April 29, 2008
Monday, April 28, 2008
Chinese Muslim want own Mosque
IPOH: Chinese Muslims here want their own mosque to fulfil their religious obligations.
The Malaysian Chinese Muslim Association (MCMA) Ipoh branch has identified a piece of land for the mosque for which the previous state government had pledged RM100,000 towards its construction.Association chairman Datuk Fadzli Cheah Abdullah said the matter would be raised with the present state government."Currently, Chinese Muslims go to the mosques to pray, but those who cannot understand Bahasa Malaysia face difficulties in understanding the sermon.""There are about 60,000 Chinese Muslims in the country. It is time that the authorities look into the matter," he said.
The association will be using the three-day Chinese Muslim Missionary Gathering, which started yesterday, as a platform to raise the issue. Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin who officiated at the association's 14th annual general meeting yesterday, said the government would look at their request.He said it would not be easy to approve as Pakatan Rakyat does not have an overwhelming mandate to rule the state.Eleven speakers would present papers at four workshops and two ceramah on challenges, problems, unity and identity related to the community. Among issues to be discussed include the need of converts to inform families to avoid legal complications and other problems like death.
addthis_pub = 'nstonline';

Loh tawar kerusi Parlimen Kelana Jaya kepada Anwar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne hari ini berkata beliau sedia menawarkan kerusinya untuk ditandingi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. - NST
Pendekar Amin YDP Dewan Rakyat
Pandikar Amin Mulia dimasyhur sebagai speaker, Abdullah dahului majlis angkat sumpah
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
KUALA LUMPUR: Persidangan penggal pertama Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan acara mengangkat sumpah anggota-anggota Dewan Rakyat, didahului oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum itu, tokoh politik veteran dari Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengangkat sumpah dan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Pelantikan Pandikar Amin, 53, sebagai Speaker mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dicadangkan oleh Abdullah, yang hanya mengemukakan satu nama bagi jawatan berkenaan kepada Setiausaha Dewan Rosmee Hamzah, melalui surat bertarikh 10 April 2008.
Pelantikan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebelum mengangkat sumpah, Pandikar Amin dipakaikan songkok dan jubah Speaker oleh Rosmee dan pembantunya. Pandikar Amin adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah dilantik sebagai Senator dan menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu)yang kini sudah dibubarkan. Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee masing-masing kemudian dipilih sebagai timbalan speaker melalui undi bersurat selepas tiga nama dicalonkan untuk jawatan itu.
Wan Junaidi dan Ronald dicalonkan oleh Perdana Menteri manakala penasihat DAP, Lim Kit Siang (Ipoh Timur) mencalonkan wakil Kepong Dr Tan Seng Giaw. Wan Junaidi mendapat 157 undi, Ronald memperoleh 140 undi manakala Dr Tan mendapat 81 undi. Dewan kemudian ditangguhkan untuk istiadat pembukaan yang akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin esok. Mesyuarat penggal kali ini akan bersidang selama 16 hari sehingga 27 Mei.
Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu menyaksikan Barisan Nasional memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila memenangi 140 kerusi manakala pembangkang mendapat 82 kerusi iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 31 kerusi, DAP (28) dan Pas (23). Buat pertama kali, sesi soal jawab akan disiarkan secara langsung selama 30 minit melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula Rabu ini. - Bernama

SPR awasi kempen internet
Oleh Norfatimah Ahmad
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Tindakan dikenakan jika calon, parti politik salah guna laman web, blog, SMSKUALA LUMPUR: Calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan. Ini berikutan cadangan SPR meluaskan bidang kuasanya sehingga mencakupi kempen menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), berbanding hanya tertumpu kepada kaedah konvensional seperti pemasangan bendera, sepanduk, risalah, ceramah dan kenyataan media ketika ini.
Langkah itu juga sejajar usaha suruhanjaya itu memastikan peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 lebih lengkap dan menyeluruh, selain menjamin kewibawaannya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengendali pilihan raya. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata kajian meluaskan bidang kuasa itu perlu berikutan semakin ramai calon dan banyak parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum lalu menggunakan kaedah berkenaan untuk berkempen. "Ketika ini, undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada SPR untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan ketika berkempen menerusi internet, termasuk laman web, blog atau SMS.
"Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 hanya menumpukan kepada kaedah kempen seperti pemasangan bendera, sepanduk, risalah, ceramah dan kenyataan media, tetapi kini SPR perlu lebih peka dengan perubahan serta memperluas skop penguatkuasaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Wan Ahmad berkata, SPR perlu membuat persediaan awal untuk berdepan kemungkinan lebih ramai calon dan parti politik yang berkempen menerusi pelbagai kaedah dan teknologi baru dalam pilihan raya pada masa depan. "Sekarang ini pun, kebanyakan parti politik sudah merangka strategi dengan menyampaikan bahan dan maklumat kepada rakyat menggunakan teknologi siber. Sudah tentu kaedah sama akan turut diguna pakai untuk berkempen selepas ini. "Sebagai badan yang bertanggungjawab mengendali pilihan raya, SPR tentu tidak mahu terlepas pandang mengenai kempen yang dibuat pelbagai pihak menggunakan ICT dan alam siber," katanya.
Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata butiran terperinci mengenainya perlu diteliti sebelum dimasukkan secara rasmi dalam peraturan kempen pilihan raya, selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta polis. Keperluan mewujudkan peraturan baru untuk kempen menggunakan ICT itu ditimbulkan dalam siri perjumpaan bedah siasat SPR berhubung proses pengendalian pilihan raya umum lalu, yang diadakannya secara berperingkat di seluruh negara. Perjumpaan itu yang dibuat dengan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO), antara lain bertujuan mendapatkan maklum balas mereka berkaitan persiapan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, hari penamaan calon, kempen, proses pengundian serta pengiraan undi. Setakat ini, SPR sudah melaksanakan sesi berkenaan di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Pilihan raya umum lalu menyaksikan 10,922,139 pengundi berdaftar memilih wakil untuk 222 kerusi Parlimen dan 501 Dewan Undangan Negeri (DUN). SPR menyediakan 7,950 pusat dengan 21,822 saluran mengundi, kebanyakannya sekolah, dewan, balai raya, tadika dan khemah sementara. Wan Ahmad berkata, langkah memasukkan perkara berhubung kaedah terkini berkempen itu juga bertujuan memperluaskan lagi bidang kuasa dan skop pemantauan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya SPR supaya lebih kemas dan diyakini. "Pasukan ini ditubuhkan untuk memantau kempen calon pilihan raya bagi memastikannya mematuhi undang-undang, tetapi jika kempen menerusi laman web, blog dan SMS itu tidak termasuk di bawah bidang kuasa SPR, tentu sukar untuk mereka melaksanakan tugas dengan berkesan," katanya.

Tak buat kerja pasal dicari
Kem ISA wajar dipindahkan dari Perak
Subky Abdul Latif Mon Apr 28, 08 8:02:49 pm MYT
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika mengadakan kunjungan rasmi kepada Perdana Menteri membangkitkan tapak khemah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kamunting, sedang parti yang memerintah Negeri Perak sekarang adalah menentang ISA. -->-->
Tidak pasti apa perincinya yang mereka bincang, tetapi yang jelas ketiga parti yang membentuk kerajaan campuran di Perak iaitu PAS, DAP dan KeADILan adalah menentang ISA dan mahu ISA dimansuhkan.
Kerajaan Perak tiada kuasa untuk memansuhkan ISA kerana ia adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat. Tetapi tentulah kerajaan Perak merasa tidak senang sesuatu yang dibenci dan dikutuknya berkhemah dalam wilayahnya.
Maka secara terhormat adalah munasabah kalau Perak minta Kerajaan Persekutuan memindahkan khemah tahanan ISA itu dari Kamunting ke negeri yang lain.
Adalah dipercayai empat lagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak sedia menimbangkan wilayah mereka untuk dijadikan tapak baru khemah undang-undang yang mereka sifatkan zalim itu.
Setakat ini Pahang dan Johor yang masih dikira kubu kuat BN yang tidak lagi tergugat tentu bersedia memberikan tanahnya untuk akta yang terkutuk itu. Kedua-dua negeri itu masih punya banyak kawasan yang belum diteroka, maka boleh dijadikan tapak khemah ISA yang baru.
Bukan suatu yang mudah bagi kerajaan Perak untuk mengusirkan khemah itu keluar dari Kamunting. Tentu ada perjanjian antara kedua kerajaan tentang tanah yang dijadikan khemah tahanan itu. Apa jua yang hendak dilakukan atas perkara itu terpaksa merujuk kepada persetujuan pemberian kawasan itu dulu.
Dulu tiada kerajaan yang menentang ISA. Tetapi sekarang mulai banyak kerajaan negeri yang menentang ISA. Kesemua parti pembangkang yang menguasai lima buah negeri sepanjang masa menjadikan ISA sebagai agenda yang perlu dimansuhkan.
Janji itu dibuat dalam setiap pilihan raya, baik pilihan raya umum mahu pun pilihan raya kecil. Ia adalah janji yang ditawarkan oleh mereka kepada rakyat.
Dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu, majoriti pengundi di lima negeri itu mengundi mereka. Antara yang mereka setuju itu adalah untuk memansuhkan ISA.
Yang masih berdegil untuk mengekalkan ISA ialah BN. Maka secara sukarela wajarlah Kerajaan Pusat menimbangkan untuk keluar dari Kamunting jika diminta oleh kerajaan negeri itu.
Kawasan yang dijadikan khemah tahanan itu agak luas. Dalam rangka pelaksanaan program pembangunan koridor utara yang sudah dilancarkan itu, ia adalah sesuai untuk dibangunkan bagi satu-satu projek yang menjana kemajuan negeri Perak.
Mungkin ia boleh dijadikan kampus pengajian tinggi yang baru. Perak yang ramai penduduknya tentu memerlukan sebuah universiti. Jika nama ISA itu hendak dikekalkan tiada masalah, asal jangan untuk menahan rakyat tanpa bicara.
Jika kerajaan Perak hendak menjadikannya tapak kampus yang memakai nama ISA, maka boleh dinamakan Institut Sains Awam singkatnya ISA atau Institut Sultan Azlan juga singkatnya ISA.
Apa isi kampus itu boleh ditentukan oleh penduduk Perak, tetapi yang penting nama ISA boleh dipakai untuk tujuan yang baik, bukan untuk menindas seperti yang digunakan oleh BN selama lebilh 50 tahun lalu.
Adalah jauh lebih bermakna bagi ISA sama ada Institut Sains Awam atau Institut Sultan Azlan dijadikan tapak bagi membina modal insan yang seramai-ramainya yang diperlukan oleh masyarakat dan negara ssekarang, bukan dijadikan kawasan membunuh jiwa insan seperti yang berlaku selama ini.
Dato' Seri Nizar membangkitkan isu itu untuk difikirkan oleh Perdana Menteri bagaimana suatu yang tidak disukai oleh kerajaan Perak sekarang dibiarkan terus berada di dalam wilayahnya.
Tentunya kerajaan Perak tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai suatu yang boleh menghalang kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
Belum pada peringkat ini kerajaan Perak hendak memberi kata dua kepada Kerajaan Pusat, tetapi yang diperlukan ialah bagaimana kerajaan menggunakan kebijaksanaannya menghormati keputusan pengundi di negeri itu.
Tentulah Menteri Besar Perak itu tidak bertujuan untuk menambah beban dan tekanan yang sedang dihadapi oleh Perdana Menteri gara-gara prestasi menjunamnya dalam pilihan raya lalu.
Perdana Menteri perlu dibantu oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, Dato Syed Hamid Albar menimbang secara berhemat dan tidak menegangkan isu itu hingga menggawatkan lagi beban yang dihadapi Umno sekarang.
Kerajaan Persekutuan tidak wajar menganggap keputusan pengundi Perak itu sebagai satu perkembangan sementara. Ia jangan menjadikan perkembangan di Terengganu dulu akan berlaku pula di negeri-negeri yang ia kalah sekarang.
Dulu BN dilihat elok dan Perdana Menterinya juga dilihat elok. Tetapi sekarang Umno sendiri pun mula melihat semuanya sudah tidak elok. Maka adalah baik bagi Kerajaan Pusat mencari kawasan khemah baru di negeri yang ia tidak dilihat hodoh.
Jangan gunakan kuasa bagi menyelesaikan isu yang sangat ringan ini. Ia mesti berfikir bukan lagi mudah untuk mendapatkan kembali kuasa yang sudah terlucut. Yang terjadi di Terengganu itu adalah satu nasib baik. Tetapi nasib baik tidak semesti berlaku di semua tempat.
Perak tidak berkuasa untuk memansuhkan ISA dengan kuasa yang ada padanya, tetapi ia tidak mahu Kamunting terus menyakitkan mata kerajaan negeri.- tajdid

Friday, April 25, 2008
UMNO larang pengundian ala 'sistem Rakit'
KUALA LUMPUR 24 April - UMNO melarang pengundian ala 'sistem rakit' yang menetapkan 'kabinet bayangan' kepimpinan tertinggi secara pakej atau kem untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan semua peringkat parti tahun ini.
Peraturan itu terkandung dalam Tataetika Ahli UMNO terbaru yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) pada mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dan Peraturan UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, ia bertujuan mengelakkan kewujudan kem tertentu pada pemilihan parti yang akan bermula secara berperingkat mulai Julai hingga Disember ini.
Pengundian 'sistem rakit' kebiasaannya digerakkan oleh ejen atau pelobi calon tertentu yang mengandungi senarai nama 'kabinet bayangan' kepimpinan dari peringkat Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 ahli MT.
Di peringkat bahagian dan cawangan pula, sudah ditetapkan 'barisan kepimpinan' meliputi Ketua Bahagian/Cawangan serta Timbalannya, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri.
''Perkara 8.2 tataetika yang dipersetujui oleh MT pada mesyuarat 27 Mac lalu melarang ahli yang diberi kuasa menjalankan pengundian pada perhimpunan tahunan cawangan, bahagian dan MT secara sistem rakit.
''Maknanya, ditegah perbuatan membentuk 'pakej-pakej' barisan kepimpinan parti sebaliknya perwakilan perlu diberi kebebasan memilih calon secara individu.
''Ahli parti yang ada maklumat mengenai perkara ini boleh buat laporan dan jika didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, mereka terlibat boleh dihukum termasuk digantung keahlian atau dipecat dari parti," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Jalan Duta di sini hari ini.
Esok, Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO akan memulakan siri jelajah pertamanya di Sabah bagi memberi penerangan mengenai Tataetika Ahli UMNO terbaru itu kepada ahli parti.
Pemilihan parti di peringkat cawangan akan bermula 17 Julai hingga 24 Ogos ini, bahagian (9 Oktober hingga 9 November) manakala peringkat Pusat pada 16 hingga 12 Disember.
Menurut Muhyiddin, semua peraturan dalam tataetika itu berkuat kuasa serta-merta yang tempoh kuat kuasa itu bermula enam bulan sebelum proses pemilihan parti.
Kata beliau, Perkara 5.6.1 tataetika pula menerangkan bahawa kecuali pertemuan atau majlis yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat parti atau jawatankuasa penyelaras pemilihan negeri di bawah seliaan badan perhubungan negeri, ahli parti dilarang menganjurkan sebarang perhimpunan, pertemuan dan jamuan sebagai dorongan untuk mengundi calon tertentu.
''Contohnya calon menghadiri dan menganjurkan kenduri majlis kahwin... beliau atau ada ahli parti lain kemudian selepas kenduri itu bangun berucap bagi tujuan meraih undi, maka itu dianggap menyalahi tataetika.
''Demikian juga menjadi kesalahan jika menjalankan mesyuarat di tempat yang tidak ditetapkan, contohnya dengan motif untuk sekat ahli tertentu hadiri mesyuarat, maka dia (ketua bahagian) bawa ahli dengan bas, kemudian 'pusing' satu bandar atau negeri untuk adakan mesyuarat (dalam bas) selama satu jam, ia tetap salah," katanya.
Menurutnya, sepanjang tempoh pemilihan, ahli parti juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga termasuk isteri menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.
Katanya, mengikut Perkara 7.2 tataetika, menjadi satu kesalahan bagi ahli mempertikaikan keputusan-keputusan MT dan Lembaga Disiplin.
''Jika berlaku, perbuatan itu dianggap menghina parti,'' kata Muhyiddin.

Rm1J kos siaran langsung sidang Dewan Rakyat
RM1j kos siaran langsung sidang Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 24 April - Siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama sejam melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada setiap kali persidangannya akan menelan belanja kira-kira RM1 juta.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kos program yang akan bermula minggu depan itu melibatkan penyediaan peralatan dan infrastruktur termasuk pemasangan tiga kamera secara tetap untuk membolehkan RTM membuat siaran langsung tanpa gangguan.
Katanya, pemasangan kamera itu perlu kerana RTM tidak mahu bergantung pada imej kamera litar tertutup (CCTV) Dewan Rakyat kerana rakamannya yang terhad dan kurang bermutu.
"Apa yang penting ialah kita mengadakan infrastruktur bagi perancangan melanjutkan siaran pada masa depan.
"Ini cuma permulaan dan kita akan melihat respons penonton sama ada program itu perlu diteruskan, dihentikan atau dilanjutkan masa siarannya,'' kata Ahmad Shabery kepada pemberita selepas meninjau persiapan RTM mengadakan siaran secara langsung persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula minggu depan.
Beliau yang berpuas hati dengan persiapan itu berkata, RTM mengambil risiko kemungkinan siaran langsung itu digunakan oleh wakil rakyat pembangkang untuk menimbulkan kekecohan.
Beliau mengakui langkah menyiarkan sidang Dewan Rakyat secara langsung, walaupun hanya setengah jam, adalah seperti membuka pintu air.
"Ia seperti membuka pintu air, sudah tentu ada sampah yang keluar bersama-sama. Namun, pada akhirnya, penonton yang menapis baik buruknya,'' kata beliau.
Menurut Ahmad Shabery, siaran langsung itu tidak melibatkan upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat pada Isnin ini kerana ia memakan masa yang terlalu lama.
Menjawab soalan kemungkinan siaran langsung itu akan tergendala jika terjadi kekecohan dalam Dewan Rakyat atau ketika isu sensitif ditimbulkan, Ahmad Shabery memberi jaminan ia tidak akan berlaku.
Malah, katanya, RTM tetap akan memberi tumpuan kepada wakil rakyat pembangkang termasuk mengundang mereka dalam slot Bersama Wakil Rakyat.
Katanya, walaupun ada siaran langsung, program Laporan Dari Parlimen yang disiarkan pada sebelah malam tetap akan diteruskan kerana ia adalah tradisi RTM.
"Pendekatan kita mementingkan nilai berita berbanding personaliti. Nilai berita adalah subjektif dan dari semasa ke semasa... kita akan sentiasa baiki objektiviti berkaitan nilai berita,'' katanya.
Habis

Thursday, April 24, 2008
BN pandang berat wakil rakyatnya berpaling tadah
BN pandang berat laporan 30 wakil rakyat paling tadah
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan. “Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini. Beliau diminta mengulas kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, yang mengandungi PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN.
Sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja. Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua Ahli Parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata : “Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.” “Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.”

Sunday, April 20, 2008
Jangan Salahkan sistem pembelajaran
SAYA tertarik dengan pandangan Ibu Prihatin dari Seremban dan Nadzri dari Salak Tinggi mengenai penguasaan bahasa Inggeris melalui Matematik dan Sains. Tetapi apa yang saya hendak utarakan di sini ialah tujuan itu tidak boleh dijadikan cara utama untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Pada pendapat saya, antara cara terbaik, dengan mewujudkan subjek Kesusasteraan Inggeris untuk pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah. Walaupun nampak seperti subjek itu susah, tetapi pada hakikatnya, dengan cara ini saya serba sedikit mahir dan memahami dalam perbualan bahasa Inggeris. Memang terbukti!
Saya adalah bekas pelajar dua jenis sekolah yang berbeza. Saya bermula dari Methodist Boys School (MBS) dan kemudian semasa di tingkatan 2, saya berpindah sekolah di Kajang, Selangor.
Perkara pertama yang membezakan sekolah lama dan baru ini, tiada subjek Kesusasteraan Inggeris di sekolah Kajang tersebut berbanding sekolah lama saya MBS. Di MBS, subjek ini menggalakkan dan mensyaratkan setiap pelajar membaca sekurang-kurangnya dua atau tiga buku cerita/novel bahasa Inggeris yang ada di perpustakaan.
Setiap pelajar akan memilih dan mencari makna setiap perkataan yang baru dikenali dalam dwibahasa dan membuat ayat lain daripada perkataan tersebut.
Selain itu, para pelajar dikehendaki membuat rumusan daripada bahan bacaan yang dibaca tersebut.
Walaupun pada mulanya agak melecehkan, tetapi akhirnya menjadi kebiasaan setiap pelajar, dan dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Berbanding di sekolah Kajang, penguasaan bahasa Inggeris hanya fokus semasa sesi pembelajaran Bahasa Inggeris, yang tertumpu lebih pada tatabahasa sahaja.
Penguasaan Inggeris dalam Matematik dan Sains bukan cara tepat untuk menjadikan seseorang pelajar itu mahir berbahasa Inggeris, kerana dalam Matematik dan Sains, semasa menjawab soalan, lebih tertumpu pada nombor, bukan pada susunan ayat.
Walaupun saya tidak mendapat markah yang tinggi dalam Bahasa Inggeris semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu yang disebabkan faktor penekanan bahasa Inggeris yang kurang di Kajang, tetapi hasil pembelajaran saya di MBS membuatkan saya masih dapat mengekalkan penguasaan bahasa Inggeris saya, dapat memahami dan berbual dengan orang asing di Malaysia.
Apa saya nak tekankan di sini, penguasaan bahasa Inggeris bukan melalui subjek Matematik dan Sains, tetapi melalui cara seperti saya nyatakan tadi, yang telah saya alami dulu.
– ex-MBS/SAAS,
Bangsar.

Saturday, April 19, 2008
pandangan bersopan Harakah
Hishammudin mahu letak Kesusasteraan Melayu di mana?
H Fansuri Sat Apr 19, 08 1:40:33 pm MYT
Kesusasteraan bahasa Inggeris dikaji semula dan dikatakan mahu dimulakan seawal pengajian di sekolah rendah. Demikian kata Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau mengulas pendirian sepupunya Najib Tun Razak, bahawa pelaksanaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan tetap dilaksanakan. -->-->
Dalam 1996, ketika saya belajar di Kolej Mara Kulim (KMK), Jalan Tunjung, kami dperkenalkan dengan dua buah bacaan novel Inggeris, Rice Without Rain (Minfong Ho) dan The Village by the Sea (Anita Desai).
Novel Rice Without Rain disalin kisahnya dengan latar belakangkan negara Thai dan perjuangan pelajar Thammasart University, Bangkok yang berusaha keras dalam menolak penguasaan junta tentera ke atas negara Thai. Sementara itu, novel The Village By The Sea berlatar belakangkan kemiskinan nelayan India di sebuah desa mundur.
Persamaan antara kedua-dua novel ini ialah, klimaksnya menuju ke arah demonstrasi besar-besaran di Bangkok dan di bandar besar India. Pada saat itu, dua tahun sebelum bom jangka Reformasi meledak. Tidaklah diketahui tangan siapakah yang telah mengizinkan novel terbaik itu dijadikan bahan bacaan di matrikulasi USM.
Apabila melangkah ke Matrikulasi 2 (1997), setahun sebelum Reformasi, kami semua diminta membaca Little Lord Fauntleroy dan To Kill A Mockingbird (Harper Lee). Di belakang novel To Kill A Mockingbird milik saya, tertera petikan dialog berikut:-
"They don't do one thing but sing their hearts out for us. That's why it's a sin to kill a mockingbird."
Scout dan abangnya Jem adalah anak kepada Atticus, seorang peguam agamawan yang teguh pendiriannya terhadap nilai-nilai agama. Keluarga mereka itu setia kepada amanat dan wasiat gereja untuk mengelakkan diri daripada setiap perlakuan dosa (sin).
Dalam ayat dan perkataan lain, boleh juga kita berkata begini, "Di mana salahnya kesusasteraan Melayu sehinggakan novel-novel pop, karya popular Melayu dijadikan bahan bacaan sekolah? Apa 'dosa' sasterawan?"
Soalan seterusnya, "Jika Hishammudin mahu bancuh warna fikiran pelajar dengan kesusasteraan Inggeris, adakah ia melibatkan novel-novel karya picisan seperti Harry Porter, The Tunnel dan sebagainya?"
Little Lord Fauntleroy misalnya mengembangkan satu kisah pergelutan antara seorang cucu dan datuknya yang telah terpisah lama. Antara cucu dan datuknya ini, mereka berpaut kepada faham dan ideologi berbeza; Republican dan Democrat. Antara cucu dan datuk ini, mereka memilih laluan politik berbeza kerana seorang berada di Britain yang ketika itu sedang bergelut dengan Amerika yang mahu melepaskan diri daripada cengkaman Britain.
Lord Fauntleroy pada ketika kecilnya sudah petah berbicara mengenai serangan tentera Turki, siapakah Republican dan apakah pendirian Democrat. Adakah warna-warni novel-novel seperti ini yang Hishammudin mahu bancuhkan di dalam akal fikiran generasi muda sejak awal-awal persekolahan itu? Ini karya berat.
Jika benar baguslah. Cuma, janganlah dibancuh fikiran generasi muda dengan Harry Potter pula. Cukuplah sekadar mereka menontonnya di filem sebagai bahan santai. Hisham perlu tahu yang mana boleh diangkat sebagai pemikiran dan yang mana mahu diangkat sebagai bahan santai yang kalau tidak dibaca pun tidaklah merugikan anak bangsa.
Kembali kepada kisah Atticus (To Kill A Mockingbird). Beliau akhirnya disingkirkan daripada penduduk setempat akibat sikap beliau membela seorang negro (Tom) yang dituduh merogol seorang gadis kulit putih (Mayella Ewell). Sebenarnya, gadis kulit putih itu yang bertindak menggodanya. Tapi, Tom menolak ajakan tersebut. Pun begitu, Tom tetap didakwa bersalah atas tuduhan merogol.
Sebenarnya, Tom boleh menang dan boleh dibebaskan kerana beliau lumpuh sebelah tangannya. Atticus bertanya di dalam mahkamah, "Bagaimana mungkin seorang yang lumpuh sebelah tangannya boleh merogol seorang anak gadis yang sempurna sifat?"
Saya tak ingat tangan Tom yang manakah telah lumpuh. Saya andaikan tangan kanan. Kalau demikian, mata Mayella yang sebelah kiri saya andaikan sebagai lebam. Maka, pertuduhan dibuat, iaitu ketika memperkosa Mayella, Tom mengasari gadis itu sehingga lebam mata kirinya. (Saya tidak ingat kisah sebenar, tapi ini cuma andaian sahaja.)
Masalahnya, soal Atticus, bagaimanakah seorang lelaki yang lumpuh tangan tangannya boleh melebamkan mata kiri gadis tersebut? Akhirnya, rahsia terbongkar, iaitu yang menumbuk sehingga lebam mata kiri Mayella adalah bapanya sendiri yang anti 'nigger'. (Nigger adalah gelaran menghina kaum kulit hitam). Beliau sengaja menyalakan api fitnah itu agar Tom didapati bersalah dan jatuh terhukum.
Kisah ini hampir sama dengan kisah mata Anwar yang lebam dipukul bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor, tetapi dinafikan Mahathir kemudian kerana kononnya Anwar melebamkan matanya sendiri tatkala nyalaan api Reformasi sedang membahang dan kehangatanya tersimbah lalu membakar dada rakyat.
Bermodalkan hujah-hujah berbentuk pertanyaan tersebut, Tom dan Atticus sebenarnya menghampiri kemenangan. Tetapi, Tom akhirnya mengalah dan bertindak membunuh diri dalam penjara sebelum keputusan tercapai.
Menurut Tom, apabila beliau melihat hakim dan juri-jurinya berkulit putih, beliau mula berputus asa. Keputusan tidak berpihak kepadanya walaupun peguam Atticus setia membela atas nama kebenaran tanpa pedulikan warna kulit.
Idea daripada novel ini antaranya mengisahkan betapa zalim dan berdosanya membunuh orang yang tidak bersalah. Di mana dosa dan salah sasterawan kita sehingga mereka dipinggirkan selama ini? Iqbal bermadah, bangsa itu lahir di tangan para penyair, mereka akan terus hidup atau boleh terus mati di tangan para politikus!
Apa salah dan di mana salahnya dengan kesusasteraan Melayu tinggi? Tanpa Sulalatus Salatin dan lain-lain karya hebat, Melayu hari ini tenggelam punca untuk mencari susur-galur warisan keturunannya sendiri. Kalau mahu julang sastera Inggeris, jenis karya hebat seperti To Kill A Mockingbird, Rice Without Rain dan lain-lain itukah yang akan disandarkan sebagai rujukan? Atau, sekadar karya imaginasi bersulam fantasi?

Kesan Bahasa Inggeris dua subjek dikaji:Najib
Kesan bahasa Inggeris dua subjek dikaji: Najib
Oleh Abdul Razak Raaff
KEMAHIRAN BERBAHASA: Najib, Kalimullah dan Azlan memegang bebola kaca ketika melancarkan Cabaran Mengeja Dengan Betul di Putrajaya, semalam.
Pencapaian pelajar tentukan pengantar Sains, Matematik PUTRAJAYA: Kerajaan akan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar yang menggunakan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum menentukan sama ada sistem itu akan diteruskan atau sebaliknya, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu melihat pencapaian pelajar berkenaan dari segi penguasaan bahasa Inggeris sebelum membuat keputusan termasuk sama ada ia harus kembali diajar dalam bahasa Melayu sebelum akhir tahun ini.
"Keputusannya akan ditentukan bergantung kepada tahap pencapaian menguasai bahasa Inggeris," katanya pada sidang media selepas melancarkan Cabaran Mengeja Dengan Betul (Spell-It-Right) anjuran Kumpulan RHB Bank dan akhbar The New Straits Times (NST), di sini semalam. Hadir sama, Pengerusi Kumpulan RHB Bank, Datuk Azlan Zainol; Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Datuk Seri Kalimullah Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar; dan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun. Sebelum ini, beberapa perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, mahu kerajaan mengembalikan semula penggunaan bahasa Melayu bagi menggantikan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003, jika ia gagal mencapai matlamat.
Terdahulu, Najib menggesa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan anak mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, sekali gus menggunakannya dalam komunikasi harian. "Kita tidak akan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan fasih jika terpaksa memikirkan perkataan itu dalam bahasa lain terlebih dulu, sebelum bercakap dengan orang lain. "Untuk menguasai bahasa Inggeris kita mesti sayang dan menghargainya, sekali gus menganggapnya sebahagian daripada diri kita," katanya. Najib berkata, ibu bapa dan guru juga hendaklah menyemai rasa kecintaan terhadap penguasaan bahasa Inggeris dengan menggalakkan anak mereka membaca buku dan akhbar kerana ia membantu memperkayakan tata bahasa serta memudahkan komunikasi.
Katanya, mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris tidak bermakna bahasa Melayu akan dianggap kurang penting, sebaliknya ia adalah sebagai persediaan kepada rakyat dan negara supaya lebih kukuh, mempunyai ketahanan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Selain itu, Najib yakin cabaran Mengeja Dengan Betul yang juga satu daripada konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR) RHB Bank dan NST boleh menggalakkan pelajar dan generasi muda untuk menguasai tatabahasa bahasa Inggeris. "Saya menghargai usaha NST dan RHB bank yang bergabung untuk menganjurkan program sebegini. Saya harap lebih banyak pertandingan mengeja dan aktiviti lain dapat diadakan pada masa depan, bagi menggalakkan generasi muda menguasai bahasa Inggeris," katanya. Cabaran Mengeja Dengan Betul terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan menengah yang diadakan dalam dua peringkat iaitu cabaran peringkat negeri serta peringkat kebangsaan. Sehingga kini, seramai 1,692 peserta dari 182 sekolah rendah dan 241 sekolah menengah seluruh negara mengesahkan penyertaan dalam cabaran yang berlangsung sehingga Ogos depan. Juara peringkat negeri bagi kategori sekolah rendah akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, manakala tempat kedua (RM800) dan tempat ketiga RM500, sementara kategori sekolah menengah akan menerima RM2,000; kedua (RM1,500) dan ketiga (RM1,000). Pemenang utama peringkat kebangsaan kategori sekolah rendah akan menerima RM3,000, diikuti kedua (RM2,000) dan ketiga RM1,000, manakala kategori sekolah menengah akan menerima RM6,000; kedua (RM4,000) dan ketiga (RM2,000). Cabaran pertama peringkat negeri bermula di Sabah dan Sarawak pada 5 dan 6 April lalu, mendapat sambutan amat menggalakkan di kalangan pelajar, sekolah dan ibu bapa.

Wednesday, April 16, 2008
Lokasi penterakan babi d kaji semula
Selangor cadang teliti semula lokasi ladang babi14/04/2008 4:20pm
KLANG 14 April – Selangor akan meneliti secara terperinci sama ada untuk meneruskan lokasi projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang atau di kawasan lain di negeri ini.
Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, penelitian tersebut dibuat setelah kerajaan negeri menerima cadangan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu projek berkenaan dialihkan ke kawasan lain.
Katanya, keputusan untuk melaksanakan projek berkenaan masih belum diputuskan lagi kerana kerajaan negeri, ketika ini sedang mengkaji keperluan-keperluan tertentu yang membolehkan lokasi projek berkenaan diubah.
Bagaimanapun status projek itu setakat ini, katanya, masih mengikut perancangan dan lokasi asal iaitu di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat.
Malah, beliau turut difahamkan projek berkenaan membabitkan peruntukan di bawah dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya daripada kerajaan negeri.
"Saya akan fikir dan teliti segala cadangan daripada semua pihak mengenai projek ini. Tetapi kawasan sedia ada (Ladang Tumbuk) sememangnya telah menjadi ladang ternakan babi sejak dahulu lagi dan kita masih kekalkan keputusan projek ini.
"Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita juga akan meneliti secara terperinci sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Parlimen Klang bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu di sini hari ini.- Utusan

Pengeluaran babi berlebihan
Oleh NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 14 April - Jumlah pengeluaran daging babi pada tahun 2006 ialah 210,510 tan, melebihi keperluan masyarakat bukan Islam tempatan iaitu hanya 197,513 tan.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan menerusi laman web Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), lebihan pengeluaran itu ialah sebanyak 12,997 tan.
Jumlah permintaan daging babi berkenaan, membabitkan 155,884 tan di Semenanjung Malaysia, 10,009 tan (Sabah) dan 31,620 tan (Sarawak).
Pengeluaran pula membabitkan 168,356 tan di Semenanjung Malaysia, 9,914 tan (Sabah) dan 32,240 tan (Sarawak).
Perangkaan pada tahun itu menunjukkan wujud perbezaan ketara dengan pengeluaran daging lembu di negara ini yang hanya berjumlah 31,885 tan.
Jumlah itu adalah amat sedikit berbanding permintaan besar terhadap daging lembu oleh orang ramai iaitu sebanyak 146,373 tan.
Dalam pada itu, perangkaan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) pula menunjukkan nilai pengeluaran daging babi di Malaysia adalah lebih besar berbanding lembu dan kambing.
Berdasarkan perangkaan tahun 2006, nilai keseluruhan daging babi yang dikeluarkan di peringkat ladang ialah RM1.4 bilion berbanding lembu RM569 juta dan kambing RM42 juta.
Harga daging babi di peringkat ladang juga lebih mahal iaitu RM5.90 sekilogram berbanding ayam hanya RM4 sekilogram.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPH, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin dalam satu kenyataan baru-baru ini menjelaskan, Malaysia sudah menghentikan pengeksportan daging babi berikutan langkah kerajaan mengamalkan dasar pengeluaran untuk keperluan dalam negara.
Eksport itu yang hampir keseluruhannya untuk pasaran Singapura dihentikan pada tahun 1999.
Mengenai jumlah ladang ternakan babi di seluruh negara, katanya, terdapat sebanyak 870 ladang babi yang mana 666 di Semenanjung Malaysia, 53 (Sabah) dan 151 (Sarawak).
''Jumlah ternakan babi pula ialah 1.8 juta ekor iaitu 1.5 juta di Semenanjung Malaysia, 70,000 di Sabah dan 290,000 di Sarawak," ujarnya.

Saturday, April 12, 2008
Pak Lah selar pengkritik
Abdullah selar pengkritik
Oleh Anwar Hussin dan Mohamad Farid Noh
BERI PENJELASAN: Abdullah menyampaikan amanat kepada 1,000 Ketua Penerangan Umno pada Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno di PWTC, semalam.
Pihak buat pelbagai tuduhan tidak bertanggungjawab, ada kepentingan peribadi KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyelar sikap dan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah, yang disifatkan tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mencapai kepentingan peribadi masing-masing. Perdana Menteri yang sebelum ini menegaskan tidak akan tunduk terhadap desakan supaya meletakkan jawatan, juga dengan lantang menjawab pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadap kepemimpinannya, terutama berhubung prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. Abdullah yang juga Presiden Umno menegaskan, beliau wajar bersuara selepas rakyat mahukannya mempertahankan diri daripada pelbagai tuduhan yang tidak berasas.
Katanya, Dr Mahathir sering menghentamnya dengan pelbagai tuduhan seolah-olah beliau (Dr Mahathir) tidak pernah melakukan kesalahan. "Kononnya pada zaman saya tidak ada kebebasan, semua orang takut dan ada yang kata saya ini lembik, tetapi (dalam masa yang sama) takut pula pada si lembik," katanya pada sidang media selepas Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno, yang pertama diadakan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 8 Mac lalu. Taklimat selama 90 minit yang diadakan secara tertutup di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu dihadiri lebih 1,000 Ketua Penerangan Umno bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta ahli Majlis Tertinggi (MT). Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Abdullah mengakui Dr Mahathir memang mempunyai kekuatan dan pengaruh, tetapi menegaskan bekas Perdana Menteri itu menyalahgunakan kekuatannya sehingga merugikan parti. "Tun Mahathir kata dia kuat, tetapi beliau menyalahgunakannya. Dulu masa kita (BN) menang pada pilihan raya 2004, beliau berkata kuat sangat, tak boleh, tak elok, kena ada pembangkang. "Apabila keputusan pilihan raya 2008 pembangkang naik (menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen), kita ingat dia nak celebrate (raikan), tapi kita kena hentam pula. Mengapa jadi begini? "Menang banyak tak boleh dan menang sikit pun tak boleh... (jadi) apa yang boleh?" katanya mempersoalkan keikhlasan Dr Mahathir mengkritik kepemimpinannya.
Ditanya sama ada beliau akan berlawan dengan Dr Mahathir, Abdullah berkata: "Saya bercakap apa yang perlu saya cakap dan saya tidak bercakap apa yang saya tidak perlu bercakap." Mengenai dakwaan Dr Mahathir yang beliau terlalu berkuasa sehingga anggota Kabinet dan MT Umno tidak berani bersuara, Abdullah berkata ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri itu, pelbagai sekatan dan arahan dibuat oleh Dr Mahathir. "Selepas Dr Mahathir mengambil alih pemerintahan daripada Tun Hussein Onn, bekas Perdana Menteri itu terus mengarahkan wartawan supaya tidak menyiarkan berita dan gambar Hussein. "Saya tahu, bukan saya tidak tahu... orang tertentu ditekan oleh akhbar. Ini arahan daripadanya... ia berlaku dari semasa ke semasa dan Dr Mahathir masih melakukan perbuatan sama dengan cuba menjatuhkan kepemimpinannya," katanya. Abdullah secara sinis juga berkata, semua menteri seolah-olah bodoh dan hanya menantunya, Khairy Jamaluddin saja yang pandai. "Tuduhan ini dibuat tanpa batasan dan terus hentam saja," katanya menjawab tuduhan kononnya beliau membiarkan dirinya dipengaruhi oleh Khairy dalam membuat keputusan dan mentadbir negara. Mengenai usaha Anwar untuk memancing 30 Ahli Parlimen BN Sarawak menyertai pakatan pembangkang pula, Abdullah berkata itu adalah perbuatan keji dan bersifat rasuah. Beliau menegaskan perbuatan keji Anwar itu tidak didorong sebab lain, kecuali kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. "Ini dilakukan semata-mata kerana ketua mereka hendak menjadi Perdana Menteri. Jika mereka menggunakan wang, ini adalah satu perbuatan rasuah. "Dia akan cakap dan buat apapun, tapi ini satu rasuah jika pendekatan yang akan diambil menggunakan wang. Pada saya, ini perbuatan keji kerana tidak mengiktiraf hakikat bahawa Ahli Parlimen yang menang adalah atas kehendak rakyat," katanya. Abdullah berkata, Anwar yang dikatakan sedang berusaha memujuk Ahli Parlimen BN menyertai pembangkang, memang tidak sabar-sabar untuk menjadi Perdana Menteri. Katanya, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, pemimpin pembangkang itu menyifatkan dirinya sebagai pemimpin alternatif dan kini menganggap dirinya sebagai 'leader in waiting'. "Biarlah dia menunggu," katanya. Ditanya sama ada beliau mempunyai peranan dalam pembebasan Anwar daripada hukuman penjara, Abdullah berkata keputusan itu dibuat mahkamah dan beliau langsung tidak terbabit. "Kerja itu saya tidak buat, orang lain saya tidak tahulah," katanya merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan pada September 2004 membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat selepas menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan menyalahgunakan kuasa. Mengenai kecaman Tengku Razaleigh dan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti pada Disember ini, Abdullah berkata Ahli Parlimen Gua Musang itu perlu menilai dirinya terlebih dulu. "Dialah yang menyebabkan Umno kalah. Dialah yang menyebabkan Kelantan jatuh kepada Pas (ketika Tengku Razaleigh bersama Semangat 46 pada Pilihan Raya Umum 1990)," katanya. Malah, katanya, Tengku Razaleigh tidak pernah membantu Umno Kelantan dalam usaha merampas kembali Kelantan daripada Pas. Abdullah berkata, satu daripada kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Tengku Razaleigh, iaitu Galas, juga jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Tiada lagi tender rundingan terus, tiada lagi 'pena sakti' - MB Selangor

Wan Nordin Wan Yaacob Sat Apr 12, 08 6:50:15 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan menghapuskan pemberian tender secara rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera untuk mengelakkan tender terbabit dimonopoli pihak tertentu sahaja. -->-->
Menurut Khalid, keputusan itu dibuat selepas melihat sebanyak 98 peratus projek di bawah biayaan kerajaan negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN, diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu sahaja.
Beliau menganalisa semua dan ada projek di negeri ini tertumpu kepada kumpulan tertentu, katanya.
"Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS), di Shah Alam hari ini.
Menurut Khalid, senarai nama kontraktor yang telah diberikan projek kerajaan negeri itu akan dihebahkan.
Namun ia memerlukan masa kerana perlu mendapat izin daripada pihak tertentu terlebih dahulu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemberian tender itu, ujarnya.
Khalid turut memberi jaminan bahawa syarikat kontraktor yang banyak mendapat kontrak kerajaan negeri menerusi kaedah rundingan terus itu tidak akan disenaraihitamkan, kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan.
"Kita hanya akan senarai hitamkan mereka sekiranya tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kita kena ada alasan yang rasional untuk bertindak demikian. Kita juga akan lihat dan kaji nilai projek yang telah diberikan kepada kontraktor terbabit," katanya.
Dalam ucapannya semasa majlis tersebut Abdul Khalid berkata beliau tidak akan menggunakan 'pena sakti' yang dikatakan menjadi milik Menteri Besar untuk memberi kebenaran dan kelulusan kepada mana-mana kontraktor mendapatkan projek.
"Saya tidak ada lagi 'pena sakti' kerana saya sudah buang. Tidak boleh lagi (kontraktor datang) ke pejabat Menteri Besar untuk dapatkan 'pena sakti' ini," katanya.
Khalid berkata, pihaknya tetap memberi bantuan kepada kontraktor Bumiputera untuk mendapatkan projek tetapi berdasarkan kepada kemampuan, keupayaan dan pengalaman yang ada pada syarikat kontraktor terbabit.
Katanya segala urusan pentadbiran kerajaan negeri akan diputuskan bersama oleh semua anggota Exco dan pegawai yang terlibat, bukannya bergantung kepada 'pena sakti' Menteri Besar.
"Saya mahu mereka bersama-sama saya menyediakan segala bentuk keputusan. Saya tidak mahu hanya Menteri Besar menjadi pembuat keputusan tapi mahu semua Exco dan pegawai kerajaan juga terlibat sebagai pembuat keputusan," tegasnya.

Monday, April 7, 2008
Pandangan PAS tentang penternakan babi d Malaysia
Khalid terima kunjungan hormat Guan Eng
Wan Nordin Wan Yaacob Mon Apr 07, 08 5:48:22 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 April (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di pejabatnya di Shah Alam. -->-->
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah, Veteran DAP, Lim Kit Siang; Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor antaranya Dr Halimah Ali; Teresa Kok Suih Sim; Ronnie Liu; Yaakob Sapari; Rodziah Ismail dan Dr Xavier Jayakumar.
Pertemuan itu antara lain membincangkan tentang hubungan dua hala antara dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat itu terutama dalam hal pembangunan dan kepentingan rakyat.
Menteri Besar Selangor yang bercakap dalam sidang medianya selepas pertemuan itu berkata, beliau menyambut baik kehadiran Guan Eng sekaligus mencetus semangat toleransi antara dua negeri ini.
Beliau berkata, setakat ini Selangor sendiri mengharapkan Pulau Pinang boleh memberi pandangan dan nasihat bagaimana pengurusan air yang dibuat syarikat pengurusan air negeri itu.
Ini kerana bagi Khalid, Pulau Pinang adalah antara negeri yang berjaya menguruskan air dengan kos yang rendah berbanding negeri-negeri lain.
Selain itu dalam pertemuan itu juga kedua-dua pemimpin utama kerajaan negeri itu turut menyentuh aspek pendidikan kerana dua negeri ini memiliki tahap pendidikan yang agak baik.
Guan Eng dan Khalid juga turut membincangkan soal kerjasama membangunkan industri dan pelaburan dalam serta luar negara yang mana kedua-dua negeri ini saling mendapat keuntungan dalam kerjasama yang mungkin akan dilaksanakan kelak.
Kedua-dua pemimpin ini menyatakan komitmen membangunkan negeri dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara asas pembangunan.
Selangor dan Pulau Pinang yang memiliki kemajuan yang hampir sama tahapnya akan ditadbir dengan penuh amanah dan kejujuran, janji Guan Eng dan Khalid.
Sementara itu Khalid turut ditanya mengenai isu penternakan khinzir di Selangor, namun beliau enggan mengulas berhubung perkara itu.
Dalam hal berkaitan penternakan Khinzir itu, Dr Halimah Ali (PAS) pula berpendirian Islam tidak pernah melarang penternakan khinzir di kalangan bukan Islam.
"Tak ada apa masalah, ini hak kepada bukan Islam.Cuma timbul masalah sentimen di kalangan Melayu seolah-olah babi lebih berat dari masalah rasuah, jenayan dan sebagainya, padahal bagi orang Islam khinzir tak boleh makan (haram) sahaja,"katanya.
Sementara itu maklumat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memberitahu bahawa esok Menteri Besar akan menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Perak, Ir MOhammad Nizar Jamaluddin di pejabatnya di Shah Alam.
Pertemuan itu dijangka akan diadakan pada jam 3.00 petang. -->

Lihat pula cara Harakah menterjemah ucapan Pak Lah
Ketua Perusuh Mon Apr 07, 08 5:17:32 pm MYT
Semalam Abdullah Ahmad Badawi merungut dan membebel di hadapan satu sidang akhbar yang disediakan khusus sebagai platform untuk beliau meluahkan perasaannya. -->-->
Bukan mudah untuk kita (warga Malaysia) mendapat peluang untuk mendengar rungutan dan bebelan perasaan secara terus dari mulut Abdullah Ahmad Badawi.
Di sini kita dapat lihat betapa Abdullah Ahmad Badawi tidak mempunyai satu karisma untuk menjadi pemimpin besar. Baharu kena komen dan ulasan dari pelbagai pihak sudah tidak dapat duduk diam.
Malah melalut tidak tentu hala dan mengeluarkan ulasan yang tidak kena hujung pangkalnya. Jika beginilah sikap dan perangai Abdullah Ahmad Badawi, maka tidak sewajarnya beliau berada dianjung kuasa. Cara yang ditunjukkannya bukanlah cara pemimpin, tetapi cara budak-budak hingusan.
Abdullah Ahmad Badawi semalam telah membebel mengenai beberapa tindakan yang Mahathir Mohammed dan Tengku Razaleigh lakukan. Malah beliau juga mengambil kesempatan untuk menghentam Mukriz Mahathir secara berkias.
Semuanya dilakukan demi untuk menguatkan hujahnya bahawa Khairy Jamaluddin tidak menguasai beliau. Namun semua orang (waima wartawan asing) pun tahu betapa pengaruh Khairy Jamaluddin sememangnya menguasai Abdullah Ahmad Badawi.
Namun satu hujah beliau yang saya rasakan amat melucukan bila mana Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa kekalahan Barisan Nasional (Umno) di Kedah dan Perak adalah disebabkan oleh sabotaj dalaman.
Apakah maknanya sabotaj dalaman ini? Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Abdullah Ahmad Badawi adalah ramai ahli @ penyokong Barisan Nasional diperingkat akar umbi membuat satu sabotaj sehinggakan kekalahan besar BN di kedua-dua negeri ini.
Apa yang pasti tindakan Abdullah Ahmad Badawi yang menyalahkan para penyokong Barisan Nasional di kedua-dua negeri ini pastinya akan melukakan hati banyak pihak. Tindakan Abdullah Ahmad Badawi ini seperti bidalan "tuangkan minyak ke dalam api" yang mana ianya satu tindakan yang paling bodoh dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi (beliau terkenal kerana suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu).
Kini bukan sahaja Abdullah Ahmad Badawi bermusuh dengan parti pembangkang, Mahathir Mohammed, Tengku Razaleigh namun dengan semua penyokong Barisan Nasional di negeri Kedah dan Perak.
Nampaknya Abdullah Ahmad Badawi memang suka mencari musuh. Tindakan menyalahkan ahli sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai satu tindakan terdesak untuk menaikkan imej. Namun seperti mana semua pihak tahu, kesan jangkamasa panjangnya adalah lebih lagi. Abdullah Ahmad Badawi memang terkenal suka bercakap tanpa berfikir.
Nampak gayanya Abdullah Ahmad Badawi pasti akan kecundang dalam pemilihan Umno yang akan datang kerana beliau telah membuat terlalu ramai musuh. Tindakan bodoh yang dilakukan olehnya (menyalahkan ahli) pastinya akan dikenang selamanya.
Nasihat peribadi saya kepada Abdullah Ahmad Badawi, sila jangan banyak bercakap dan lebihkan usaha. Adalah lebih baik Abdullah Ahmad Badawi melantik Khairy Jamaluddin menjadi jurucakap bagi pihak dirinya (Perdana Menteri Malaysia) supaya terserlah kepimpinan Khairy Jamaluddin.
Lagi banyak Abdullah Ahmad Badawi suarakan yang menjurus kepada menyalahkan ahli dan penyokong Barisan Nasional, lagi bahaya kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno (Barisan Nasional). - ketuaperusuh.wordpress.com

Ucapan PM suntik semangat rakyat(Berita Harian)
UCAPAN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidaklah sekeras bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau tidak gemar bercakap banyak, tetapi dalam diam-diam dilihat membawa pelbagai perkara dan pembaharuan. Darjah tolak ansur dan kesabarannya tinggi. Pada zaman Pak Lah, tahap demokratik negara ini cukup tinggi dan peluang rakyat bersuara terbuka luas. Beliau mengumumkan kenaikan gaji yang begitu tinggi untuk kakitangan awam yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Tetapi yang memusykilkan rakyat ialah sikap beliau yang lebih banyak diam dan tidak menjawab semua persoalan. Sikap ini mengundang lebih banyak ruang kepada orang ramai untuk menaruh syak wasangka. Ternyata kelmarin, ketika berucap kepada lebih 1,000 Ketua Penerangan Umno bahagian, Pak Lah mencetuskan pandangan ikhlas, jelas, berani dan beramaran. Bagi saya ucapan itu memang ditunggu-tunggu dan saya berbangga dengan jawapan ikhlasnya.
Buat pertama kali saya melihat Pak Lah menyerlahkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Selepas Barisan Nasional (BN) kalah di beberapa negeri, saya agak murung, tetapi selepas mendengar ucapan ketua kerajaan itu saya bersemangat semula. Ucapan yang ikhlas, jelas dan berani itu boleh dikatakan ucapan terbaiknya yang memang ditunggu selepas BN mengalami kemerosotan sokongan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Selepas menang tipis, tiada sebarang kenyataan benar-benar bertenaga dibuatnya sedangkan rakyat memang menunggu-nunggu suntikan semangat daripada orang nombor satu itu. Dalam keadaan itu banyak andaian dibuat, termasuk meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, pada masa sama musuh Umno dan BN terus bergembira.
Rakyat berkira-kira apa sebenarnya bermain-main di fikiran Perdana Menteri dan apa strategi bakal dibuatnya selain berdiam diri. Rakyat yang masih setia kepada BN dan Umno benar-benar mengharapkan suatu pandangan kukuh daripada Presiden Umno untuk merumus, seterusnya menjelaskan banyak persoalan, termasuk mengapa BN kalah pada pilihan raya lalu. Kenyataan Perdana Menteri itu melegakan dan mampu menukar suasana. Rakyat, khususnya yang cintakan parti, kerajaan dan keamanan, seolah-olah mendapat suntikan semula. Pandangan beliau terhadap Tun Dr Mahathir diharap dapat menyedarkan bekas Perdana Menteri itu dan sesiapa yang terlalu taksub kepadanya. Jawapannya mengenai Timbalan Perdana Menteri meyakinkan semua apabila beliau menamakan Datuk Seri Najib Razak sebagai peng-gantinya, bukan alternatifnya. Mengenai pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pak Lah menjelaskan bahawa beliau dan kerajaan memang bebas daripada mencampuri dan mengganggu urusan keadilan dan mahkamah.
Jawapan Pak Lah mengenai kekalahan BN di Perak dan Kedah diharapkan menyedarkan segelintir ahli Umno yang mensabotaj calon BN supaya insaf kerana tindakan itu membawa padah kepada parti dan kerajaan. Mereka mungkin menyangka mereka saja yang akan berbuat begitu, tetapi dengan apa yang terjadi ternyata menjelaskan kepada mereka bahawa jangan terlalu mudah membuat percaturan, kelak buruk padahnya kepada masa depan bangsa dan negara. BASHID HARUN, Taiping, Perak.

Saturday, April 5, 2008
Pakatan Rakyat mula retak
KUALA LUMPUR: Belum sampai seminggu cadangan penubuhan Pakatan Rakyat diumumkan, gabungan itu sudah mula retak apabila DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah hasrat Pas yang mahu menjadi tunjang kepada pakatan berkenaan serta merealisasikan penubuhan negara Islam. Beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR semalam masing-masing membidas hasrat Pas itu dan menyifatkan kenyataan yang dibuat mengenainya tidak sesuai kerana boleh mengelirukan, selain menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat. Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab dan memberi penjelasan berhubungan isu berkenaan bagi mengelakkan wujud prasangka terhadap Pakatan Rakyat.
“Apabila kita (DAP, PKR dan Pas) bersetuju untuk menubuhkan Pakatan Rakyat, sepatutnya segala kenyataan berhubung perkara itu mesti dibawa dalam perbincangan dan bukannya terus membuat kenyataan terbuka. “Bagaimana mungkin Pas menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi Parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub, yang berkata Pas wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika mahu merealisasikan impian menubuhkan negara Islam.
Ahmad dilaporkan sebagai berkata, impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam sebenar yang tidak pernah memperkecil atau mengecualikan mana-mana pihak sebab ia adalah agama untuk kebaikan semua. Cadangan itu turut disokong beberapa pemimpin Pemuda Pas yang mendakwa rakyat sudah boleh menerima pendekatan parti berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah lima negeri dan mendapat majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, mahu Pas supaya memahami terlebih dulu erti demokrasi yang secara konsepnya jelas memperuntukkan parti paling banyak memenangi kerusi Parlimen wajar diberi peluang untuk memimpin pakatan. “PKR mendapat kerusi Parlimen paling tinggi iaitu 31 berbanding 28 DAP dan 26 Pas. Atas sebab itu, kita lantik Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Chua Tian Chang, berkata semua parti pembangkang yang menganggotai Pakatan Rakyat mempunyai tunjang dan kekuatan sendiri yang masing-masing boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan. Sehubungan itu, katanya, perkara yang penting kini ialah untuk Pakatan Rakyat berusaha mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu bagi memastikan mereka tidak meragui manifesto yang dilancarkan. “Soal sama ada Pas, PKR atau DAP yang menjadi tunjang dalam pakatan pembangkang ini tidak harus timbul, sebaliknya setiap parti mesti mengotakan janji kepada rakyat supaya mereka terus menyokong kita,” katanya. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya mengulas, kenyataan yang dikeluarkan sejak beberapa hari lalu itu mengundang persoalan sama ada tiga parti dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada kesilapan pada 2001 sehingga menyebabkan DAP terpaksa meninggalkan pakatan. Cadangan kerjasama antara tiga parti selepas pilihan raya umum lalu perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan pemimpin di pelbagai peringkat memahami asas kepada kerjasama ini supaya ia tidak dieksploitasi musuh politik, selain menghalang berulangnya perpecahan, tulis beliau.

Subscribe to:
Posts (Atom)